Kapal pengawal pantai China mengekalkan kehadirannya di sekitar terumbu yang dituntut Malaysia di Laut China Selatan, menurut data penjejak kapal yang dikongsi dengan The Guardian.

Penemuan tersebut menunjukkan cita-cita ketenteraan Beijing untuk meluaskan sempadannya jauh ke selatan, mencetuskan kemarahan negara-negara di Asia Tenggara dan berpotensi memburukkan krisis dasar luar negara dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Tump.

Bagi tempoh dua bulan perama 2017, tiga buah kapal China melakukan rondaan di Luconia Shoals (Beting Patinggi Ali), kawasan pulau-pulau kecil dan terumbu-terumbu yang terletak 1,600 kilometer (km) dari tanah besar China dan hanya 145 km dari Malaysia Timur.

Kapal-kapal tersebut dikesan oleh Asia Maritime Transparency Initiative (AMTI), sebahagian daripada Kajian Strategik dan Antarabangsa untuk Washington dan organisasi bukan keuntungan, Kajian Lanjutan Pertahanan (C4ADS).

Kumpulan yang berpangkalan di AS itu berkata, tempoh dua bulan itu adalah biasa dan ia konsisten dengan penggiliran yang biasa dilakukan sehingga mengesan 11 buah kapal peronda China itu di kawasan tersebut sejak penghujung 2015.

Penguasaan ke atas Laut China Selatan, separuh daripada laluan pelayaran kapal komersial dunia, telah menjadi konflik antarabangsa dengan Beijing menegaskan kedaulatannya dalam kawasan maritim yang turut dituntut Vietnam, Taiwan, Malaysia, Brunei, Filipina and Jepun.

China menghabiskan masa selama bertahun-tahun untuk menambak terumbu-terumbu dan pada bulan lalu negara itu telah menyiapkan pembinaan tiga buah pengkalan tentera utama di rantau tersebut iaitu tentera udara, tentera laut dan kemudahan pertahanan peluru berpandu.

Isu itu dijangka menjadi agenda utama pertemuan antara Trump dan Presiden China, Xi Jinping, yang akan melawat AS hari ini.

Sebelum ini, kapal-kapal China yang dilengkapi senjata dilihat mengiringi bot-bot menangkap ikan China yang dikesan di sekitar Beting Patinggi Ali. Nelayan Malaysia berkata, kapal-kapal itu telah menghalau mereka daripada kawasan tersebut.

Pada 2015, Malaysia meninggalkan pendekatan lembutnya berhubung pertelingkahan di Laut China Selatan dengan melakukan protes yang digelarnya sebagai pencerobohan.

Kapal-kapal China dikatakan berundur pada 2015 tetapi AMTI dan C4ADS berkata, “Ia kelihatan kapal-kapal China kembali dengan segera,”.

Pada Mac 2016, Malaysia memanggil Duta China untuk mendengar penjelasan mengapa terdapat banyak bot-bot China berada di perairan Malaysia.

Pada Januari dan Februari tahun ini, hanya sebuah kapal Malaysia meronda di kawasan beting itu, kata AMTI dan C4ADS sambil menambah ia mendekati sehingga empat batu (6.4 kilometer) dari kapal China, ‘menunjukkan tujuannya berkemungkinan untuk memantau kehadiran kapal pengwal pantai China.

Kementerian Pertahanan Malaysia tidak memberi maklum balas ketika diminta mengulas perkara itu.

Beting itu, yang kekal di bawah permukaan air ketika air pasang berada, dalam kawasan 200 batu nautika, di kawasan zon ekonomi eksklusif yang dituntut Malaysia dan terletak antara utara kepulauan Spratly yang menjadi rebutan dan Beting James yang mana China sering menggelarnya sebagai wilayah paling selatan.

Pada kebiasaannya kapal pengawal pantai China dilengkapi dengan mesingun diletakkan di bawah tentera ketika masa berperang. Kapal terbesar beroperasi di Beting Patinggi Ali ialah dari kelas Shuoshi II, seberat 5,000 tan.

China menafikan ia meletakkan tentera di Laut China Selatan.

AS melakukan pemantauan udara dan laut secara kerap untuk menegaskan hak laluannya. Pada Januari lalu, Setiausaha Negara AS, Rex Tillerson berkata, negara itu sepatutnya menghalang China mengakses pulau yang dibina di Laut China Selatan. Sebuah pesawat tentera China melakukan penerbangan dengan cara ‘tidak selamat’ berhampiran kapal pengangkut tentera laut AS di kawasan tersebut pada Februari lalu.

China telah memasang sistem peluru berpandu darat ke udara, HQ-9 dan sistem peluru berpandu anti-kapal di salah sebuah pulau, kata AMTI. Ia juga telah membina hangar yang mencukupi untuk 72 buah pesawat pejuang dan beberapa pesawat pengebom.

Tambakan pulau juga telah memberi kesan teruk ke atas terumbu karang. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast