Salleh Said Keruak

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat sanggup melakukan apa sahaja dalam memberi laluan kepada DAP menerajui kepemimpinan negara.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu seolah-olah lebih memerlukan DAP sehingga terpaksa mengikut telunjuk parti yang lebih dominan dalam Pakatan Harapan itu.

“Muhyiddin kata tidak ada masalah untuk bukan Melayu menjadi Perdana Menteri. Ini sama seperti apa yang pernah dikatakan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad. Faktanya, sesiapa yang menjadi Perdana Menteri adalah ditentukan oleh DAP memandangkan parti itu adalah sebuah organisasi terbesar dalam Pakatan Harapan yang diketuainya,” katanya menerusi catatan blog terbaru diblognya.

Menurut Salleh, DAP memenangi 28 kerusi Parlimen pada 2008 manakala pada tahun 2013 parti itu memperoleh peningkatan 38 kerusi.

Dengan hanya satu kerusi parlimen dan dua kerusi Dewan Unda­ngan Negeri, Salleh berkata, PPBM tidak boleh berbuat apa-apa selain tunduk kepada DAP.

“Muhyiddin akan melakukan apa sahaja untuk memudahkan DAP dan tidak mengecewakan Lim Kit Siang (Penasihat DAP). Malah, PPBM memerlukan DAP lebih daripada DAP memerlukan PPBM.

“Ini bermakna Muhyiddin tiada bantahan terhadap DAP yang berada di tempat duduk pemandu,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast