Hidangan istimewa D'Johan Delecacies, Kajang, Selangor. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 20 MAC 2017.

SIAPA sangka di sebalik sebuah restoran yang tampak `biasa-biasa’ sahaja penampilannya, ada sesuatu yang sangat istimewa membuatkan pengunjung terpesona terutamanya bagi penggemar makanan laut.

Terletak di tepi jalan berhampiran pasar raya Tesco dan surau Saujana Impian, Kajang, D’Johan Delicacies tidak sukar dicari.

Tanpa pendingin hawa, jauh sekali kerusi meja mewah, namun pengunjung restauran ini bukan calang-calang.

Kerabat diraja, menteri sehinggalah kepada orang biasa berkunjung ke D’Johan Delicacies yang menjanjikan sajian enak tetapi pada harga yang sukar dicari di tempat lain.

Restoran yang baharu sahaja dijenamakan semula itu menawarkan masakan ala Cina menggunakan bahan-bahan segar dan berkualiti demi menjamin kepuasan pelanggan.

Lobster masak Wet Butter Salted antara juadah makanan yang terdapat di Restoran D'Johan Delecacies, Kajang, Selangor. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 20 MAC 2017.
Lobster Wet Butter Salted di Restoran D’Johan Delicacies, Kajang, Selangor. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 20 MAC 2017.

Pilih saja makanan laut kegemaran anda dan padankan dengan masakan yang menepati selera sama ada kam heong, kung pao, sos masam manis, sos tiga rasa, sambal istimewa, masak kukus serta udang atau sotong goreng mentega basah, mentega kering atau masak berlada.

Ketam masak cili halia di Restoran D'Johan Delicacies, Kajang, Selangor. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 20 MAC 2017.
Ketam masak cili halia di Restoran D’Johan Delicacies, Kajang, Selangor. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 20 MAC 2017.

Ketam nipah segar dimasak bersama cili dan halia serta menu istimewa udang karang sos istimewa antara tarikan yang pasti menggamit selera pengunjung. Itu baru dua hidangan, belum lagi disenaraikan menu-menu lain yang tidak kurang mencairkan air liur.

Turut disediakan taufu Jepun yang dimasak bersama udang kering, kuah makanan laut, kailan bersos tiram bersama halia, kangkung belacan, terung serta sayur campur.

Lala masak Dry Chili antara juadah makanan yang terdapat di Restoran D'Johan Delecacies, Kajang, Selangor. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 20 MAC 2017.
Lala Dry Chili di Restoran D’Johan Delicacies, Kajang, Selangor. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 20 MAC 2017.

Penulis yang sememangnya penggemar ketam tegar berkesempatan menikmati hidangan lazat hasil air tangan Chef Mohd. Nurshafiq Abdullah@ Al Alisna Balbuena.

Berbekalkan pengalaman 20 tahun dalam bidang masakan di hotel dan restauran makanan laut terkemuka, Nurshafiq menggalas amanah yang diberikan oleh pemilik restauran itu iaitu Datuk Johan Wan Khairil Adli Mohd. Yusof, 38 untuk memenuhi selera pengunjung.

Chef Nurshafiq Abdullah ditemuramah di Restoran D'Johan Delecacies, Kajang, Selangor. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 20 MAC 2017.
Chef Nurshafiq Abdullah. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 20 MAC 2017.

Ditanya tentang ilham membuka restauran tersebut, Johan berkata, segala-galanya bermula selepas beliau pulang dari menunaikan umrah di mana hatinya tergerak untuk memulakan perniagaan restauran.

Lokasi di tepi jalan berdekatan pasar raya Tesco dan surau itu menambah keyakinannya bahawa restaurannya kelak mudah dikunjungi.

“Sambal ketam nipah segar berperisa cili halia antara menu paling popular dan menjadi pilihan utama setiap pelanggan kami.

Pemilik, Datuk Johan Datuk Wan Khairil Adli bercakap ketika ditemuramah di Restoran D'Johan Delecacies, Kajang, Selangor. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 20 MAC 2017.
Pemilik, Datuk Johan Datuk Wan Khairil Adli. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 20 MAC 2017.

“Malah kami juga merupakan satu-satunya premis makanan laut di semenanjung yang menghidangkan siput tarik Sabah dan pelanggan boleh cuba menu itu.

“Selain itu kami juga menghidangkan masakan unik iaitu kari claypot kepala ikan salmon atau ikan-ikan lain atas masakan atas permintaan pelanggan.

“Ada juga permintaan untuk ikan kerapu bara masak stim sos halia, bamboo lala masak kum heong, jenahak, salmon dan ikan kurau,” katanya.

Sea Prawn masak Dry Butter antara juadah makanan yang terdapat di Restoran D'Johan Delecacies, Kajang, Selangor. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 20 MAC 2017.
Sea Prawn Dry Butter di Restoran D’Johan Delicacies, Kajang, Selangor. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 20 MAC 2017.

D’Johan Delicacies dibuka setiap hari dari pukul 6 petang hingga 1 pagi kecuali Selasa.

Johan berkata, selain makanan laut, pelanggan juga disediakan menu ala carte antaranya nasi goreng pattaya, nasi goreng paprik dan sebagainya.

Sup sirip ikan yu (vegetarian atau non-vegetarian), sup ekor, sup ayam, sup isi ketam bersama jagung juga antara menu yang digemari pelanggan.

“Sekiranya pelanggan yang ingin mencuba masakan goreng juga disediakan seperti kuey teow goreng, bihun, yee me, yin yong berkuah sos telur kantonis selain mee hailam dan mi bandung membuka selera.

Pemilik, Datuk Johan Datuk Wan Khairil Adli (kiri) bersama Chef Nurshafiq Abdullah (kanan) menunjukkan antara juadah makanan yang terdapat di Restoran D'Johan Delecacies, Kajang, Selangor. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 20 MAC 2017.
Pemilik, Datuk Johan Datuk Wan Khairil Adli (kiri) bersama Chef Nurshafiq Abdullah menunjukkan hidangan yang disediakan di Restoran D’Johan Delicacies, Kajang, Selangor. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 20 MAC 2017.

“Menu terbaharu yang kini mendapat permintaan tinggi ialah ‘Boston Lobster’ atau udang karang yang dimasak dengan sos istimewa dengan harga yang berpatutan dan nilai untuk wang anda.

“Udang karang kami masak dengan telur masin dan sos mentega basah dan berkuah sangat popular dalam kalangan pelanggan yang berkunjung ke sini,” ujarnya.

Johan juga sentiasa mendekati pelanggan dari meja ke meja dan berkomunikasi untuk mendapatkan pandangan mereka sekiranya terdapat sebarang kekurangan dari segi makanan atau layanan kakitangan restauran.

“Kualiti makanan dan perkhidmatan layanan dengan hati yang terbuka amat penting bagi saya, walaupun harga tidaklah murah atau mahal, tetapi menu kami sentiasa dipastikan memberi nilai untuk wang yang dibayar pelanggan untuk makanan di sini,’ katanya.

Pemilik, Datuk Johan Datuk Wan Khairil Adli (tengah) dan Chef Nurshafiq Abdullah (lima kanan) bergambar bersama kakitangan dihadapan di Restoran D'Johan Delecacies, Kajang, Selangor. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 20 MAC 2017.
Pemilik, Datuk Johan Datuk Wan Khairil Adli (tengah) dan Chef Nurshafiq Abdullah (lima kanan) bergambar bersama kakitangan di hadapan di Restoran D’Johan Delicacies, Kajang, Selangor. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 20 MAC 2017.

Wan Khairil Adli turut menguruskan sendiri kaunter bayaran selain menjadi pengambil pesanan pelanggan walaupun merupakan pemilik restoran itu tanpa segan.

“Saya lebih suka bertentang mata dengan pelanggan saya. Ini pendekatan saya untuk mendapatkan komen pelanggan selepas menjamu selera untuk meraih kepercayaaan dan keyakinan pelanggan yang menjadi mantra kami,” katanya.

D’Johan turut menawarkan set bagi memudahkan anda membuat pilihan.

djohan

  • MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast