Dr. Edwin Bosi

KOTA KINABALU – Timbalan Pengerusi DAP Sabah, Dr. Edwin Bosi dijangka hampir pasti meninggalkan parti itu dan menyertai Parti Cinta Sabah (PCS) tidak lama lagi.

Walaupun enggan mengulas mengenai ketika ditemui wakil media, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kepayan itu berkata;

“Tunggulah pada 13 April ini (Khamis) saya akan mengeluarkan kenyataan atau sidang akhbar sama ada saya masih bersama DAP atau tidak.

“Jika saya jawab sekarang, saya tiada bahan untuk cakap pada Khamis nanti. Ini juga memandangkan DUN masih bersidang,” katanya hari ini.

Sebelum ini, beberapa portal tempatan mendakwa Edwin akan menyertai PCS yang diterajui ADUN Tamparuli, Datuk Wilfred Bumburing.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast