HONG KONG – Harga rumah di Hong Kong semakin menghampiri kemuncak dan secara ekonominya tidak mapan, kata Pengarah Urusan unit kajian ekuiti, J.P Morgan Chase & Co. Asia Pasific, Cusson Leung.
Peningkatan harga pada pasaran rumah termahal dunia itu telah melembapkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Hong Kong secara signifikan sejak 2009 dan sebarang kejutan luaran boleh mencetuskan kecairan yang teruk kepada sistem perbankan bandaraya tersebut, sekali gus meningkatkan kos pinjaman pembeli rumah.
“Saya tidak akan beli. Sekiranya gelembung ini pecah, para pembeli bukan sahaja kehilangan wang tetapi juga wang ibu bapa mereka.
“Pembeli menggunakan kesemua aset termasuk dari ibu bapa, rumah-rumah sedia sebagai cagaran untuk membayar deposit kediaman,” katanya yang menjangkakan harga rumah baharu akan kekal tidak berubah tahun ini.
Bloomberg melaporkan, lonjakan pasaran harga rumah telah memeningkan kepada pemimpin-pemimpin Hong Kong.
Selepas mencatatkan penurunan singkat, harga rumah sedia ada mencatatkan rekod baharu baru-baru ini.
Pasaran juga tidak kebal kepada risiko apabila Rizab Persekutuan membayangkan akan meneruskan peningkatan kadar faedah tahun ini. – MalaysiaGazette