Sektor pembinaan dijangka mengalami penurunan tahun ini. foto MalaysiaGazette

KUALA LUMPUR-  Indeks Kos Bahan Binaan (BCI) tanpa bar keluli dan termasuk bar keluli bagi hampir semua kategori bangunan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, menunjukkan peningkatan pada Mac 2017 berbanding bulan sebelumnya.

Jabatan Perangkaan, dalam satu kenyataan, menyatakan peningkatan itu tidak termasuk kawasan D-Johor yang tidak berubah berbanding bulan sebelumnya.

“BCI tanpa bar keluli di Sabah mencatatkan peningkatan sebanyak 0.1 peratus bagi kerangka besi satu tingkat (menara saja) di Kota Kinabalu dan bangunan satu tingkat di Tawau bagi bulan terbabit, manakala Sandakan kekal tidak berubah.

“BCI termasuk bar keluli bagi hampir semua kategori bangunan di Kota Kinabalu dan Tawau, menunjukkan peningkatan pada Mac 2017, manakala Sandakan tidak berubah,”katanya.

Menurut jabatan itu, BCI tanpa bar keluli dan termasuk bar keluli di Sarawak menunjukkan peningkatan bagi hampir semua kategori bangunan pada Mac 2017 berbanding Februari. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast