Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) Malaysia hari ini mengesahkan bekas anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli telah memohon pada 9 Julai pengecualian agar tidak hilang kelayakan bagi memegang jawatan dalam pertubuhan berdaftar di Malaysia.
Rafizi Ramli

KUALA LUMPUR – Rafizi Ramli berang selepas seorang blogger, Raja Petra Raja Kamaruddin menuduh beliau menerima dana sebanyak RM20 juta daripada seorang individu bernama John Soh.

Ahli Parlimen Pandan itu menafikan dakwaan tersebut dan enggan melayan Raja Petra kerana tidak lagi dihiraukan oleh rakyat mahupun pengundi Malaysia yang sudah tidak lagi mempercayainya.

“Seperti biasa, Raja Petra menerbalikkan isu yang saya timbulkan dengan menuduh saya menerima RM20 juta dari seorang yang bernama John Soh.

“Berita temberang dari Raja Petra selama ini tidak dihiraukan oleh orang terpelajar dan pengundi atas pagar, sebab itu saya tidak pernah melayan Raja Petra sebelum ini,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Rafizi juga mendakwa Raja Petra kini menerima arahan daripada penyokong kerajaan Barisan Nasional.

Selain itu, Rafizi juga mempertahankan dirinya dengan berkata setiap tahun beliau membuat pengisytiharan harta dan hartanya tidak pernah mencecah RM20 juta.

“Harta saya diisytiharkan secara telus setiap tahun yang menunjukkan simpanan saya semakin sedikit. Harta saya tidak pernah mencecah RM20 juta seperti yang difitnahkan oleh Raja Petra,” katanya.

Bagi membuktikan dakwaan Raja Petra tersebut palsu, Rafizi juga berkata akan membuat satu pengakuan bersumpah menafikan pernah menerima wang daripada individu tertentu seperti didakwa.

“Saya akan membuat akuan berkanun minggu ini menafikan pernah menerima apa-apa wang dari sesiapa seperti yang dituduh oleh Raja Petra.

“Jika penafian melalui akuan berkanun itu tidak benar, pihak berkuasa boleh menahan saya serta merta dan didakwa kerana melanggar Akta Akuan Berkanun,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast