KUALA LUMPUR – Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) dan syarikat inovasi pemotongan buah sawit dari Belanda, KeyGene memeterai perjanjian Memorandum Kerjasama (MoC) untuk memulakan makmal penyelidikan bersama.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini, makmal bersama itu akan menguatkan sayap penyelidikan dan pembangunan FGV, FGV R&D Sdn. Bhd. untuk menjadi pusat kecemerlangan dengan mengukuhkan keupayaan penyelidikannya selain membolehkan pengeluaran lebih pantas dan mempelbagaikan jenis minyak sawit dalam pasaran.
“Perjanjian tersebut memastikanFGV mempunyai akses kepada teknologi tinggi KeyGene dan kemahiran di dalam pemotongan buah sawit.
“Ini pastinya akan meningkatkan daya saing kami di dalam pasaran biji minyak sawit melalui pengenalan yang lebih pantas kepada bahan penanaman minyak sawit yang lebih baik,” kata Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Zakaria Arshad.- MalaysiaGazette