Kejayaan luar biasa Pas untuk mengekalkan pentadbirannya di Kelantan, selain merampas Terengganu dan memenangi 18 kerusi Parlimen bukan sahaja menafikan ramalan awal parti itu akan kecundang habis-habisan, malahan ia telah membuka mata ramai penganalis.
Kejayaan luar biasa Pas untuk mengekalkan pentadbirannya di Kelantan, selain merampas Terengganu dan memenangi 18 kerusi Parlimen bukan sahaja menafikan ramalan awal parti itu akan kecundang habis-habisan, malahan ia telah membuka mata ramai penganalis.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan DAP sebagai serpihan ‘anak butir tahi’ Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah Singapura.

Presiden Pas itu berkata, DAP hanya sebuah parti yang ditukar huruf tetapi bersifat sama dengan parti yang memerintah negara jiran, katanya seperti dilaporkan sebuah laman portal.

“Singapura ini bapa DAP, yang memerintah Singapura adalah PAP. Dulu Singapura dalam Malaysia, banyak cawangan PAP di Malaysia.

“Bila Singapura keluar dari Malaysia, PAP tukar jadi DAP. Jadi, DAP ini anak butir tahi PAP.

“Ini mungkin bahasanya kasar sedikit,” katanya ketika berucap di Rusila, Terengganu seperti dilaporkan.

Permusuhan Pas dan DAP memuncak selepas Hadi membawa usul membentangkan rang undang-undang persendirian meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, atau RUU 355, bagi membenarkan hukuman lebih berat ke atas pesalah syariah.

Dalam ucapannya semalam, Hadi turut mempersoalkan tindakan DAP yang mempertikaikan kerjasama antara Pas dan UMNO.

“Kita berunding dengan UMNO sahaja, sama-sama Melayu Islam. Adakah itu salah?” soal beliau.

Tambahnya, kerajaan negeri pimpinan DAP di Pulau Pinang juga berunding dengan Amerika Syarikat.

“Berunding dengan negara asing tidak apa, bincang tentang politik Malaysia?

“Politik Malaysia, biarlah orang Malaysia sendiri yang buat perubahan, tidak perlu jemput Amerika Syarikat, tidak perlu jemput negara asing ke sini.

“(Mereka) berunding dengan negara asing untuk mengubahkan politik Malaysia. Kita (Pas) tidak sampai tangga (ke tahap) itu, nak suruh negara asing campur tangan negara kita,” katanya. – MalaysiaGazette