KUALA LUMPUR – Pewaris jenama Zaitun mencuri perhatian netizen di media sosial apabila melangsungkan perkahwinan dengan persandingan eksklusif yang dihadiri 300 tetamu terdiri daripada keluarga dan teman rapat.
Lebih menarik, pewaris bagi jenama yang popular era 1980-an iaitu Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nizam Datuk Seri Mohd Kamal Teh, 27, memilih Norizzati Muhamad Noor, 29, sebagai isteri.
Pasangan itu bernikah di Astana Bamboo Hills baru-baru ini selepas mengadakan majlis persandingan di Grand Hyatt Kuala Lumpur.
Nizam yang kini menggalas tanggungjawab mengendalikan semula Zaitun Beauty Industry Sdn. Bhd. memberitahu, beliau berkawan dengan Norizzati selama empat tahun sebelum mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan pada 17 April 2024.
“Majlis nikah diadakan dengan konsep white minimalist dan majlis sanding diadakan pada di Grand Hyatt Kuala Lumpur pula hanya dihadiri keluarga dan teman rapat.
“Saya mengharapkan agar ikatan yang dibina kekal bahagia dan jika ada rezeki saya mahukan anak yang ramai kerana saya sendiri dibesarkan dalam keluarga yang besar dan punya enam adik beradik.
“Saya menikmati zaman kanak-kanak kerana sentiasa ada adik beradik di sisi. Jadi saya mahu anak-anak juga melalui zaman kecil yang bahagia dan meriah,” kata anak keempat daripada enam beradik itu.
Mengulas lanjut, Nizam berharap alam perkahwinan menjadi kebangkitan buat diri dan keluarga untuk membina kembali empayar perniagaan yang diwariskan bapanya.
Tambahnya, jenama Zaitun sudah mula kembali menguasai pasaran tempatan sejak dua tahun lalu secara berperingkat dan kini berjaya menembusi pasaran negara jiran di Singapura dan Brunei.
“Sejak Zaitun tutup pada 2003 dan sehinggalah hari ini, ramai yang memberi respon mahukan Zaitun kembali kerana dahulu kami satu-satunya produk yang mengenengahkan status halal.
“Dan kini kami mahu menakluk kembali pasaran di Malaysia dengan pelancaran produk ubat gigi terbaharu Zaitun,” katanya.
Masih mengekalkan tagline ‘gunakan tanpa was-was’, Nizam turut berkongsi nilai jenama Zaitun yang dibangunkan oleh bapanya, Datuk Seri Mohd Kamal Teh dan datuknya, Datuk Seri Mutiara Haji Dr. Eusuff Teh
“Ramai yang beranggapan nama Zaitun mungkin nama wanita Istimewa dalam keluarga kami, sebenarnya nama ini diberikan oleh datuk yang terinsipirasi dengan surah At-Tin,” kongsi Nizam.
Beliau turut berkongsi, produk Zaitun juga kini boleh didapati di beberapa pasaraya antaranya Lotus, Giant, Segi Fresh, Healthlane, Caring Pharmacy, Big Pharmacy, dan banyak lagi pasaraya di seluruh Malaysia. – MalaysiaGazette
Saya adalah salah seorang pengguna jenama Zaitun dari era 80an dulu.
Alhamdulillah, semoga industri ini berkembang lagi seperti terdahulu. Kalau boleh keluarkan juga produk yang halal seperti makanan untuk pengguna Muslim.
kalau boleh perbesarkan lagi product Muslim seperti GISBH. Sekarang empayar perniagaan mereka sedang diruntuhkan oleh si kafir dan munafiq. Kami pengguna Muslim akan menyokong product zaitun 100% InsyaAllah..