Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Perasmian Malaysian Profesional Day di KLGCC Convention Centre. Foto MOHD ADZLAN, 29 SEPTEMBER 2026.

KUALA LUMPUR – Isu peletakan jawatan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke sepatutnya tidak perlu dibangkitkan atas desakan segelintir pihak, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri menegaskan, ini kerana Anthony Loke telah mempamerkan prestasi kerja yang baik sebagai menteri Kabinet selama ini.

Malah, beliau turut hairan mengapa pemimpin yang tidak melakukan kesalahan rasuah seperti Setiausaha Agung DAP itu perlu dipaksa meletak jawatan.

“Yang dibangkit suruh dia letak jawatan sebab apa? Yang tak sakau, suruh letak jawatan. Soal rasuah kita padam, bincang Anthony Loke letak jawatan, letak jawatan.

“Apa masalah kerja dia? Kerja dia baik. Prestasi sebagai menteri sangat baik. Jadi sebab itu saya akan bincang dengan dia,” katanya kepada media selepas Majlis Perasmian Malaysia Professional Day di sini, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan gimik perasmian pada Majlis Malaysian Profesional Day di KLGCC Convention Centre. Foto MOHD ADZLAN, 29 SEPTEMBER 2026.

Anwar turut mengesahkan surat peletakan jawatan Anthony Loke diterimanya semalam sebelum bergegas menghadiri pengebumian isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

“Saya terima surat semalam, saya bergegas ke pengebumian Tun Dr Siti Hasmah,” katanya.

Hari ini, Anthony Loke turut mengesahkan beliau telah menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai menteri Kabinet kepada Perdana Menteri.

Namun beliau menjelaskan, akan terus menjalankan tugas buat sementara waktu sehingga bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pulang untuk menjalani baki hukuman di bawah tahanan rumah.

Beliau berkata, peletakan jawatannya hanya akan berkuat kuasa pada hari Najib dibebaskan dari Penjara Kajang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here