Barisan penganjur dan orang penting dalam APFF63 dan CMFCF pada sidang media di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR — Festival Filem Asia Pasifik ke-63 (63rd Asia Pacific Film Festival, APFF63) dan Festival Kebudayaan Filem China-Malaysia ke-4 (4th China-Malaysia Film Culture Festival CMFCF) akan diadakan di negara ini.

Ia dianjurkan serentak di Kuala Lumpur dari 26 hingga 28 Mac 2027 dan bakal menghimpunkan dua platform perfileman yang telah lama bertapak dalam satu kerjasama yang bertujuan memperkukuh pertukaran filem dan budaya di rantau ini.

Dua festival filem ini dianjurkan oleh Yayasan Antarabangsa Yu On,dengan kerjasama LOMO Pictures dan Asia Pacific International Arts Festival, kata satu kenyataan.

Kerjasama itu menandakan penganjuran APFF buat tahun ketiga berturut-turut di Malaysia di samping menjadi kali pertama kedua-dua festival ini bergabung sebagai satu platform festival berkembar.

Sementara itu, Festival Kebudayaan Filem China-Malaysia ke-4 (CMFCF) terus memainkan peranan dalam memperkukuh hubungan kebudayaan dan perfileman antara China dan Malaysia.

“Melalui kerjasama ini, kedua-dua festival berhasrat mewujudkan platform yang lebih luas untuk pembikin filem, penggiat industri, penonton serta komuniti budaya bertemu, bertukar pandangan dan pengalaman serta menikmati dunia perfileman yang melangkaui sempadan geografi,” kata kenyataan yang sama.

Barisan penganjur dan orang penting dalam APFF63 dan CMFCF pada sidang media di Kuala Lumpur semalam.

Penasihat APFF63 merangkap Pengerusi CMFCF, Aron Koh berkata, kerjasama antara kedua-dua festival bukan sekadar penganjuran dua acara pada tarikh yang sama tetapi membolehkan setiap festival memanfaatkan kekuatan
masing-masing bagi menawarkan nilai yang lebih besar kepada penonton, rakan strategik serta komuniti perfileman yang lebih luas.

Bagi APFF63, Malaysia sekali lagi akan menjadi negara tuan rumah kepada acara perfileman serantau yang berprestij itu.

Setiausaha Agung FPA, Pansha turut menyatakan sokongan terhadap penganjuran festival yang akan datang serta mengalu-alukan kesinambungan APFF di Malaysia.

Sementara itu bekas Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Kamil Othman dilantik salah seorang Ahli Juri Festival Filem Asia Pasifik ke-63.

Pihak penganjur turut akan mempersembahkan tayangan khas yang menampilkan pengarah filem terkenal Hong Kong, Clifton Ko Chi-Sum sebagai penghargaan terhadap sumbangan beliau kepada sinema Hong Kong.

Pihak penganjur turut mengesahkan pengarah aksi dan pelakon Malaysia, Ayez Shaukat akan menerima FPA Rising Icon Award kerana kejayaan menempa nama di Hollywood.

Ayez Shaukat (kanan) bakal menerima award kerna berjaya menapak nama di Hollywood.

Satu lagi acara kemuncak pelancaran hari ini ialah tayangan perdana trailer Perang Zombi yang diperkenalkan sebagai filem cereka pertama Malaysia yang dijana menggunakan kecerdasan buatan (AI). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here