Duduk depan dari kanan Abdul Khodir Jailani Zaimi, Muhammad Danial Rifqi Nor Affandy, Muhd. Afif Zafran Mohd. Nazir dan Muhammad Mikhail Haqimie Meor Arif bersama rakan-rakan mereka selepas Majlis Graduasi Huffaz Tahfiz Quran Al-Nuriah kali ke-2 di Ampang, Selangor baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Tahfiz al-Quran Al-Nuriah Taman Putra, Ampang dekat sini meraikan empat pelajarnya yang berjaya diiktiraf sebagai huffaz dalam majlis graduasi di sini baru-baru ini.

Mereka ialah Abdul Khodir Jailani Zaimi, 14, Muhammad Danial Rifqi Nor Affandy, 15, Muhd. Afif Zafran Mohd. Nazir, 15, dan Muhammad Mikhail Haqimie Meor Arif, 17.

Muhammad Danial Rifqi juga diumumkan pelajar cemerlang bagi tahun 2025.

Majlis graduasi kali kedua yang berlangsung di Madrasah AI-Nuriah, Taman Putra itu telah dirasmikan oleh Pegawai Hal Ehwal Islam dan Penyelarasan Pengajian Sepanjang Hayat, Unit Pendidikan, Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat, Mohammad Naim Mohd. Nazri.

Pix2. Zaid Jabir Jamaluddin memimpin Muhammad Danial Rifqi Nor Affandy (kiri sekali), Muhammad Mikhail Haqimie Meor Arif (dua dari kiri), Muhd Afif Zafran (kanan sekali) dan Abdul Khodir Jalani Zaimi (dua dari kanan) membaca surah-surah lazim sebagai simbolik penisytiharan semasa Majlis Graduasi Huffaz Tahfiz Quran AI-Nuriah kali ke-2 di Ampang, Selangor baru-baru ini.

Istiadat pemasyhuran Huffaz al-Quran terhadap para pelajar tersebut telah dipimpin oleh Ustaz Zaid Jabir Jamaluddin yang memperdengarkan bacaan surah- surah lazim bermula Ad-Dhuha hingga An-Anas, Al-Fatihah dan klik Al-Baciorah ayat satu hingga lima.

Muhammad Mikhail Haqimie Meor Arif (kanan sekali) meraikan kegembiraan bersama bapanya Meor Arif Mamat (dua kiri), ibunya Nurhidayah Abu Bakar (tiga dari kiri), adiknya Muhammad Darwisy Haqimie Meor Arif dan adik perempuannya Nur Damia Afiqah Meor Arif selepas Majlis Graduasi Huffaz Tahfiz Al-Quran Al-Nuriah kali ke-2 di Ampang, Selangor, baru-baru ini.

Sekolah tahfiz tersebut menempatkan 28 pelajar lelaki dengan Ustaz Muhammad Khairullah Mamat selaku mudir dan dibantu oleh Ustaz Abdullah Abdullah Mat Yazid serta Zaid Jabir Jamaluddin. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here