Khalid Abu Bakar.

KUALA LUMPUR – “Balai polis bukan tempat untuk mengadakan debat anda, jangan main-main. Kalau masih nak berdebat pergi ke Parlimen”.

Itu tegas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar apabila ditanya mengenai  cadangan beberapa pemimpin politik kononnya balai polis antara lokasi yang boleh dipertimbangkan untuk debat antara bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Sabagai menjawab pertanyaan wartawan, Khalid bertegas tidak akan membenarkan debat kedua-dua ahli politik itu di balai polis, kawasan padang atau perumahan penduduk.

“Saya tidak akan membenarkan debat mereka diadakan di balai polis.

“Saya hendak nasihatkan mereka supaya pergi berdebat di Parlimen, balai polis, rumah orang atau padang awam tidak dibenarkan (debat),” tegasnya selepas Perhimpunan Bulanan Peringkat Bukit Aman di sini hari ini.

Dalam satu lagi perkembangan lain berhubung empat suspek warga Korea Utara yang dikehendaki polis dalam kes pembunuhan abang ipar pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam, Khalid berkata, polis bekerjasama dengan Interpol untuk mendapatkan mereka.

Beliau berharap keempat-empat suspek paling dikehendaki itu memberi kerjasama dengan tampil menyerah diri dalam kes tersebut.

“Kita juga berharap kerajaan Korea Utara bekerjasama dalam kes empat suspek ini menyerahkan mereka kepada kita.

“Kalau dia (Korea Utara) enggan menyerahkan empat warganya, ia bermakna mereka melakukan kesalahan melindungi empat individu itu, menjadi satu kesalahan serius.

“Kami sedang bekerjasama dengan Interpol dan menunggu respon Interpol untuk tindakan seterusnya, harap mendapatkan empat warga Korea Utara itu untuk membantu siasatan Jong-nam,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast