Home Ekonomi Pengeluaran minyak dunia Mac susut

Pengeluaran minyak dunia Mac susut

PARIS – Pengeluaran minyak pada bulan Mac jatuh selepas anggota organisasi itu mematuhi perjanjian pengurangan minyak yang dicapai pada tahun lalu.

Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum yang dianggotai 13 negara itu komited untuk mengurangkan kira-kira 1.2 juta tong minyak sehari dalam usaha mengekang lebihan bekalan dan menaikkan harga petrol.

Dalam laporan minyak bulanan, OPEC berkata, pengeluarannya merosot sebanyak 153,000 tong sehari pada bulan lalu kepada purata 31.93 juta tong sehari.

Organisasi itu telah menggunakan pakar bebas untuk akses kepada pengeluarannya.

Penurunan itu disebabkan pengeluaran lebih rendah di Emiriah Arab Bersatu dan Venezuela, masing-masing 33,000 tong sehari dan 26,000 tong sehari.

Tiga negara OPEC dikecualikan daripada pengeluaran juga mengalami kerugian pengeluaran.

Pengeluaran Libya jatuh pada bulan Mac sebanyak 61,000 tong sehari selepas medan minyak terbesar, Sharara, dihalang oleh pengawal atas tunggakan gaji.

Di Nigeria, pengeluaran dari medan minyak berkurangan disebabkan penyelenggaraan dan sabotaj, dengan kejatuhan sebanyak 30,000 tong sehari manakala Iran, mahu menjual minyak tetapi sekatan oleh perbankan Amerika Syarikat, kehilangan 29,000 tong sehari. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast