KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini menguatkuasakan garis panduan baharu untuk membenarkan jualan singkat terkawal bagi bon korporat dalam pasaran modal Malaysia.

Dengan Garis Panduan baharu tersebut, Guidelines on Regulated Short Selling of Corporate Bonds, Peniaga Utama kini dibenarkan untuk mengendalikan jualan singkat terkawal bagi bon korporat, mengembangkan rangkaian bon yang boleh dijual
singkat.

Garis Panduan tersebut bertujuan untuk memberikan kepastian mengenai pihak yang akan dibenarkan untuk menjalankan jualan singkat bagi bon korporat dan juga keperluan-keperluan yang terbabit.

Menyedari kepentingan bagi memastikan kestabilan pasaran, syarat-syarat ke atas cara pelaksanaan jualan singkat terkawal bon korporat juga telah ditetapkan.

Inisiatif terbaru ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan SC ke arah meningkatkan kecairan pasaran bon sekunder di samping memastikan infrastruktur dan rangka kerja kawal selia yang komprehensif dan memudah cara.

Ini adalah selaras dengan SC komitmen berterusan ke arah mengekalkan pembangunan dan pertumbuhan keseluruhan pasaran bon Malaysia.

Guidelines on Regulated Short Selling of Corporate Bonds boleh didapati untuk rujukan di laman sesawng SC di www.sc.com.my. Garis Panduan tersebut berkuat kuasa pada 13 April
2017. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast