Kuala Lumpur- SP Setia Bhd. (SP Setia) akan mengambil alih keseluruhan kepentingan dalam anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd. (PNB), I&P Group Sdn. Bhd.

Syarikat hartanah utama itu memeterai Memorandum Hasrat dengan PNB dan AmanahRaya Trustee Bhd. untuk memulakan rundingan terhadap cadangan pengambilan alih I&P yang memiliki 4,236 ekar tanah untuk mempercepatkan pelan perluasannya.

Dalam satu kenyataannya, SP Setia berkata, harga petunjuk bagi cadangan tersebut dianggarkan di antara RM3.5 bilion sehingga RM3.75 bilion.

Katanya, pengambilan alih tersebut akan dibiayai oleh ekuiti, dana dalaman serta pinjaman.

Selain itu, SP Setia melalui anak syarikat milik penuhnya, KL East Sdn. Bhd. turut menandatangani perjanjian untuk memiliki sebidang tanah berkeluasan 342.5 ekar di Bangi, Selangor daripada Seriemas Development Sdn. Bhd. (SSDB) pada harga RM447.58 juta.

PNB memiliki 60 peratus kepentingan SDSB.

Tanah terletak dalam radius lima kilometer daripada Setia Ecohill dan Setia Ecohill milik SP Setia itu bakal dibangunkan dengan pembangunan perbandaran yang merangkumi kediaman dan premis komersial.

Ia dijangka memiliki nilai pembangunan kasar sebanyak RM2.74 bilion.-MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast