S. Subramaniam. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 12 APRIL 2017.

KUALA LUMPUR – Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam yakin rangka pelan Tindakan Pembangunan dapat mengubah masa depan kaum India di negara ini.

Beliau percaya sambutan tahun baharu Chitirai pada hari ini akan merubah masyarakat India menerusi Tindakan Pembanghuan bertempoh 10 tahun itu.

“Marilah kita dengan semangat dan harapan tinggi bergerak ke hadapan menggunakan segala peluang yang disediakan kerajaan untuk mengingkatkan taraf dan mutu kehidupan.

“Bulan ini juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan Tindakan Pembangunan untuk masyarakat India bagi 10 tahun akan datang.

“Saya percaya ni akan membawa jalan penyelesaian melalui sistem kerajaan ini,”katanya dalam perutusan Tahun Baru Tamil.

Berikutan itu, beliau menyeru masyarakat India supaya melihat perkembangan baharu Tindakan Pembangunan itu secara positif dan memberi sokongan padu untuk merealisasikannya.

“Jika apa yang telah ditetapkan dalam Tindakan Pembanguan ini berjaya, ia akan membawa perubahan yang besar kepada nasib masyarakat India di negara ini,”ujar beliau.

Menteri Kesihatan itu juga mengharapkan sambutan tahun baru Chitirai (untuk kaum India), Vashaki (Sikh) dan Vishu (Malayalam) membawa kebahagiaan dan kesejahteraan berterusan kepada meeka.

“Saya doakan komuniti India sentiasa direstui dengan semangat dan azam baharu, kesihatan,pemikiran, kejayaan dalam keagamaan, tradisi dan kebudayaan dengan kelahiran tahun baharu ini.

“Saya percaya tahun baru yang bermula hari ini (14 April) dapat memperkasakan lagi institusi kekeluargaan masyarakat ini sekali gus meningkatkan lagi kekuatan komuniti secara menyeluruh ke arah kejayaan mapan,” katanya. – MalaysiaGazette