LONDON – Pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea mengumumkan kaptennya, John Terry bakal meninggalkan Stamford Bridge pada penghujung musim ini.

“John Terry dan kelab bola sepak Chelsea secara bersama mengumumkan kapten kami akan meninggalkan kelab pada penghujung musim,” kata kelab itu dalam satu kenyataan hari ini.

Terry yang berusia 36 tahun itu menghabiskan keseluruhan karier profesionalnya di Stamford Bridge dan dia tampil dengan lebih 700 aksi bersama kelab berpangkalan di Barat London itu.

Bagaimanapun, di bawah kepimpinan jurulatih dari Itali, Antonio Conte, pemain pertahanan England itu hanya melakukan lima penampilan dalam kempen liga musim ini.

“Ketika ini saya terus komited untuk membantu pasukan mencapai kejayaan pada musim ini.

“Namun saya akan membuat keputusan mengenai masa depan saya dalam masa terdekat,” kata Terry dalam kenyataan yang dikeluarkan bersama Chelsea.

“Selepas 22 tahun, begitu ramai orang untuk diucapkan terima kasih di kelab bola sepak yang hebat ini.

“Daripada jurulatih, rakan sepasukan, staf dan peminat yang banyak memberikan sokongan selama ini, ” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast