Bekas ahli kimia, Annie Dookhan,disabitkan dalam kes penipuan ujian makmal jenayah dadah melibatkan lebih 20,000 kes dadah akan dibatalkan. REUTERS

BOSTON – Hampir 20,000 kes jenayah melibatkan dadah di Massachusetts akan dilupuskan di Amerika Syarikat (AS) ekoran skandal seorang bekas ahli kimia negara itu yang mengaku telah memalsukan ujian makmal.

Ini bermakna bilangan kes dadah yang terbesar akan dilupuskan dalam sejarah AS disebabkan kesalahan seorang individu menurut Kesatuan Liberty Awam Amerika.

Ahli kimia terbabit, Annie Dookhan disabitkan kesalahan itu dilakukan pada tahun 2013 di tempat kerjanya di Institut Makmal Jenayah Hinton di Boston.

Pendedahan skandal itu mengakibatkan asas sistem keadilan jenayah AS goyah.

Mahkamah Kehakiman Tertinggi Massachusetts pada Januari lalu mengarahkan pendakwaraya di negeri itu membatalkan majoriti kes sabitan dadah yang mempunyai kaitan dengan makmal yang sama.

Dookhan dikenalpasti keterangannya sebagai tidak sah walaupun tanpa mengujinya dalam usaha menonjolkan dirinya kelihatan lebih cekap.

“Hari ini merupakan kejayaan terbesar untuk keadilan dan ribuan orang di negara-negara Komenwel disabitkan atas kesalahan dadah secara tidak adil.

“Mangsa terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan keadilan, ia tidak sepatutnya mengambil masa lama untuk berlitigasi oleh peguambela awam dan peguam untuk mengenalpasti kekotoran dalam sistem kehakiman Komanwel ini,” kata Pengarah Undang-Undang negeri, Matthe Segal.- MalaysiaGazette