Neymar

BARCELONA – Kegagalan Barcelona mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara selepas dengan agregat 3-0 kepada Juventus jelas meninggalkan kesan mendalam buat penyerang sensasinya, Neymar.

Pemain kelahiran Brazil itu mempamerkan muka sedih sebaik perlawanan berakhir dan menjadi lebih emosi apabila menangis ketika berjalan dari padang.

Dia juga sempat berpelukan dengan pemain lawan yang cuba memujuk kesedihannya itu.

Barca diikat 0-0 oleh Juventus di Nou Camp, awal pagi.

Barca sebelum ini bangkit mengatasi defisit 4-0 ketika melawan Paris Saint-Germain (PSG) dalam aksi 16 terakhir dengan kemenangan dramatik 6-1 di laman sendiri.

Namun Juventus belajar daripada kesilapan PSG apabila menampilkan corak bertahan yang luar biasa sehingga trio sensasi tuan rumah, Lionel Messi, Luis Suarez dan Neymar itu gagal menjaringkan gol.

Kejayaan gergasi Itali itu seklagus berjaya membalas dendam kekalahan mereka di final Liga Juara-Juara 2015.

Juventus akan menyertai juara bertahan Real Madrid, Atletico Madrid dan Monaco dalam undian separuh akhir esok. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast