Jamawi Jaafar

KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO mendakwa terserlah perbezaan antara pemimpin muda Barisan Nasional (BN) dengan pemimpin Pakatan Harapan (PH).

Menurut Ketua Penerangannya, Jamawi Jaafar berkata, dalam kes Zairil Khir Johari, pemimpin Melayu daripada DAP itu kelihatan lebih suka berbangga dan menunjuk-nunjuk sikap suka bersosial.

Ahli Parlimen Bukit Bendera itu, dakwa Jamawi, jelas memberi gambaran corak masa depan yang akan dibawa mereka jika memerintah Malaysia kelak.

“Hakikatnya inilah gambaran masa depan anak muda yang akan dibawa oleh mereka sekiranya memerintah,” kata Jawawi dipetik dalam UMNO Online.

Selain itu, Jamawi berkata, yang membezakan lagi antara pemimpin UMNO dan BN adalah mereka kini sibuk mendapatkan input anak muda dalam Transformasi Nasional (TN50).

“Dalam mana UMNO dan BN menjelajah negara untuk mendapatkan input anak muda dalam Transformasi Nasional (TN50) ke arah anak muda yang mempunyai intergriti dan keterampilan yang berhemah, pemimpin pembangkang dilihat seolah-olah bangga menunjukkan kebebasan sosial mereka.

“Inilah yang saya katakan tadi…apabila terkena batang hidung sendiri berkenaan penyebaran gambar pemimpin atau ahli mereka pelbagai retorik yang cuba mereka lakukan demi menutup ketelanjuran pemimpin mereka,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial foto intim Zairil dengan calon DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd. Daud.

Empat keping gambar itu menunjukkan perlakuan mesra dan intim kedua-dua pasangan berkenaan termasuk berpegangan tangan, saling merangkul pinggang dan bercumbu.

Sebelum ini juga, beberapa gambar dan video mesra yang didakwa pasangan pemimpin Melayu DAP berkenaan turut tersebar di laman sosial. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast