KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari sewajarnya meminang Dyana Sofya Mohd. Daud demi mengelakkan kontroversi gambar intim antara mereka berdua berterusan.

Pengerusi Gerakan Akar Umbi UMNO Malaysia (GAUM), Datuk Zulkarnain Mahdar berkata, tindakan itu tidak menyalahi undang-undang Islam dan keterlanjuran mereka boleh diperbetulkan dengan perkahwinan.

“Saya sebenarnya untuk mengelakkan kontroversi, elok Zairil sebenarnya meminang Dyana. Tak salah sebenarnya untuk Zairil memperisterikan Dyana tidak, kalau betul (bercumbuan).

“Kalau tak betul pun, ia boleh diperbetulkan sebenarnya, sebab tak salah sebenarnya, daripada menafikan dan terus menafikan,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis mengenai penyebaran gambar intim dua pemimpin DAP itu di Balai Polis Sri Petaling, di sini, hari ini.

Minggu lalu, gambar intim adegan mesra bercium mirip wajah Zairil dan Dyana tersebar luas di media sosial.

Bagaimanapun Zairil menafikan dirinya lelaki di dalam gambar berhubungan intim dengan seorang wanita di sebuah restoran mewah yang menjadi tular baru-baru ini.

Zairil yang sudah berkahwin sebelum ini dikaitkan dengan empat keping gambar yang tersebar di internet dikatakan berhubungan intim dengan seorang wanita didakwa Dyana yang pernah menjadi calon DAP Pilihan Raya Kecil Teluk Intan.

Dyana yang merupakan ahli Jawatankuasa Ekseskutif Pemuda DAP menerusi satu kenyataan tidak mengesahkan dirinya merupakan wanita di dalam gambar tersebut walaubagaimanapun beliau juga tidak menafikannya.

Pembantu Khas kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang itu cuma menganggap penyebaran gambar tersebut sekadar serangan peribadi dan pencerobohan hak privasi individu didalam gambar berkenaan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast