MUMBAI – Pekerja seks di bandar raya Mumbai terjebak malah terpaksa menjual anak mereka, sekali gus mencetuskan kekhuatiran mereka yang terbabir mencari kaedah baru untuk memberi kanan-kanan berikutan pelaksanaan undang-undang yang lebuh ketat, kata aktivis.

 

Yayasan anti penyeludupan Prerena yang menguruskan pusat perlindungan anak-anak pekerja seks merekodkan empat urusan penjualan bayi pada tujuh bulan terakhir ini.

“Kes demikian jarang berlaku. Kehamilan dipantau dan dikawal pemilik atau ibu ayam yang menguruskan pusat pelacuran itu.

“Dalam kebanyakan kes mereka membenarkan pekerja seks hamil dengan mengharapkan bayi perempuan,” kata Pengasas Bersama Prerena, Pravin Patkar.

Kebiasaannya bayi dipisahkan daripada ibunya walaupun tidak dijual.

“Kini bapa ayam lebih berkuasa dan bertindak sebagai orang tengah dalam urusan jual beli kanak-kanak.

“Terdapat rangkaian bawah tanah yang mencari kanak-kanak yang tidak dilindungi,” katanya.

Aktivis berkata, terdapat senarai menunggu panjang mengambik anak angkat pada sindiket pemerdagangan bayi yang dilaporkan di negara itu.

Bagaimanapun tumpuan yang diberikan di kawasan pelacuran adalah sesuatu yang baharu.

Peyeludup menyasarkan wanita bujang miskin, wanita miskin atau menculik bayi dari hospital dengan mendapat bantuan orang dalam.

“Ini merupakan kes pertama saya, bayi dijual di kawasan pelacuran (lampu merah) Kamathipura.

“Jualan telah dimuktamadkan sebelum penyerahan bayi dan pembeli merupakan individu tidak mempunyai anak,” kata Sub Inspektor Vasant Jadhav yang telah menyelamatkan bayi berusia tujuh hari pada Oktober lalu.

Polis telah menahan dua wanita dan meletakkan bayi di tempat perlindungan.

Tiada pihak yang tampil membebaskan pekerja seks, mahkamah akan menentukan nasib pekerja seks itu, tetapi pembeli akan dibebaskan dalam tempoh terdekat,” katanya.

Pada Januari lalu, Polis menyelamatkan bayi berusia setahun yang dijual dengan harga 20,000 rupees ($309.81).

Kerajaan India memperketatkan peraturan proses mengambil anak angkat untuk pasangan suami isteri yang tidak mempunyai anak. Mereka menunggu lama untuk mendapatkan anak angkat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast