Salleh Said Keruak

KUALA LUMPUR – Sistem raja berperlembagaan yang diamalkan di Malaysia telah menjamin kestabilan dan sekaligus membawa keyakinan kepada negara

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Keruak berkata, pelabur asing telah menyenaraikan negara ini sebagai yang paling stabil dari segi politik di Asia Tenggara.

“Kita perlu mengekalkan imej dan reputasi ini dan menunjukkan kepada dunia bahawa kita memilih kerajaan melalui peti undi dan bukan melalui keganasan jalanan seperti di sesetengah negara yang mencetuskan huru-hara selepas berlaku perubahan,” katanya menerusi catatan terbaru di blog beliau sskeruak.blogspot.my.

Menurut Salleh, kedudukan Yang di-Pertuan Agong adalah lebih daripada sekadar simbolik dan tidak harus dianggap sebagai ketua negara yang hanya menurut kata.

Tambah beliau, sistem yang diamalkan di Malaysia adalah unik dan tidak terdapat di negara lain di dunia, kata Salleh sambil menambah;

“Agong mempunyai fungsi untuk dilaksanakan bagi mengekalkan sistem semak dan imbang dan baginda dipilih oleh Majlis Raja-raja dan berkhidmat secara bergilir.

“Jadi, Agong sendiri mengamalkan satu bentuk demokrasi walaupun raja di negeri-negeri memerintah dengan diwarisi secara turun-temurun. Sultan Muhammad V mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada 13 Disember tahun lepas,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast