KUALA LUMPUR – Mercedes-Benz Malaysia Sdn. Bhd. merekodkan percapaian jualan terbaik suku pertama dengan mencatatkan 11 peratus pertumbuhan pada suku pertama 2017 berbanding tempoh sama tahun lalu.

Syarikat kereta jenama mewah itu telah menyerahkan 2,945 unit kenderaan pada suku pertama tahun ini.

Pada suku pertama 2017, Mercedes- Benz Malaysia telah menyerahkan sejumlah 1,820 unit limousin yang dihasilkan di sini merangkumi Mercedess-Benz C-Class, E-Class dan S-Class kepada pelanggan.

Menurut syarikat tersebut lagi, penyumbang utama kepada pertumbuhan jualan tersebut adalah rangkaian Mercedes-Benz SUV yang menyaksikan lonjakan sebanyak 247 peratus kepada 594 unit.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast