Geroge H. W. Bush menerima lawatan anaknya, George W. Bush di Houston, AS minggu lepas.

HOUSTON – Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), George H. W. Bush kini mengidap penyakit bronkitis yang kronik dan memerlukan rawatan rapi.

Bush, 92, dimasukkan ke Hospital Methodist di sini sejak 14 April lalu selepas batuk teruk.

Sebelum itu, presiden AS ke-41 itu dirawat semula selepas pulih daripada penyakit pneumonia sebelum itu.

Menurut laporan Mail Online, Bush dijangka dibenarkan pulang dari hospital dan menerima rawatan di kediamannya.

Pakar perubatan yang merawatnya, Dr. Clint Doerr berkata, penyakit yang dihidapi Bush semakin kritikal memandangkan usianya sekarang.

Minggu lepas, anaknya George W. Bush yang juga bekas Presiden AS melawat bapanya di hospital.

Pada Januari lalu, Bush dan isterinya, Barbara juga tidak dapat hadir pada majlis pelantikan Presiden AS, Donald Trump ekoran masalah kesihatannya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast