Home Ekonomi Perjanjian 1MDB-IPIC elak pendedahan salah urus serius

Perjanjian 1MDB-IPIC elak pendedahan salah urus serius

SINGAPURA – Lebih banyak maklumat muncul hasil daripada perjanjian yang dicapai antara Kuala Lumpur dan Abu Dhabi untuk mengelakkan timbang tara yang boleh mendedahkan salah urus yang serius dalam syarikat-syarikat pelaburan milik kedua-negara negara – 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) dan International Petroleum Investment Co. (IPIC).

Menurut eksekutif kewangan dan undang-undang kanan, halangan utama adalah unit dana berjumlah AS$2.43 bilion yang dipegang oleh dua anak syarikat 1MDB iaitu Brazen Sky dan 1MDB Global Investments, yang dijamin oleh anak syarikat IPIC, Aabar Investments PJS, lapor The Straits Times.

Aabar telah mempertikaikan jaminan tersebut.

Untuk mengatasi masalah itu, 1MDB bersetuju untuk mengetepikan hak bagi menuntut jaminan daripada Aabar sebanyak AS$2.43 bilion.

Sebagai balasan, Abu Dhabi tidak mendedahkan entiti pemastautin tetap di Seychelles untuk membeli unit daripada 1MDB pada nilai yang dijamin dengan menyelesaikan pembayaran tertunda dari bulan ini hingga Oktober 2022, kata seorang eksekutif kewangan kanan yang tahu mengenai perkara itu.

Perjanjian itu dimuktamadkan minggu lalu, membuka jalan bagi penyelesaian utama, katanya.

Seperti yang dilaporkan minggu lalu, penyelesaian timbang tara memerlukan Malaysia untuk membayar balik Abu Dhabi sebanyak AS$1.2 bilion .

Bayaran akan dibuat dalam dua ansuran sebelum akhir tahun ini.

Malaysia juga akan menunaikan tanggungjawab bon 1MDB bernilai AS$ .5 bilion dijamin oleh IPIC.

Di bawah penyelesaian, Malaysia dan IPIC akan membuat perundingan untuk menyelesaikan kira-kira AS$3.5 bilion dalam pendahuluan tunai dan pembayaran 1MDB dibuat kepada beberapa entiti Abu Dhabi.

Sekiranya IPIC gagal untuk membuat penyelesaian penuh sebelum tarikh akhir bulan Disember 2020, kerajaan Malaysia boleh meneruskan tuntutan undang-undang terhadap IPIC.

Bayaran lewat ini adalah dari 1MDB kepada IPIC dan Aabar di bawah terbitan bon 1MDB.

Walau bagaimanapun, kedua-dua IPIC dan Aabar berkata, pada April tahun lalu mereka tidak menerima dana sebagai wang yang telah salah disalurkan kepada firma yang berbeza.

Ia telah dihantar ke syarikat induk di Virgin Island British yang ditubuhkan seolah-olah ia adalah anak syarikat IPIC milik dua wakil kerajaan Abu Dhabi, termasuk Khadem Al Qubaishi, yang ketika itu merupakan Pengerusi IPIC.

1MDB tidak pernah menafikan destinasi bayaran, tetapi menegaskan bahawa arahan untuk pembayaran adalah berdasarkan perjanjian disempurnakan oleh IPIC dan eksekutif kanan Aabar, termasuk Qubaishi.

Jabatan Keadilan Amerika Syarikat memfailkan saman sivil pada Julai tahun lepas mendakwa kesalahan pengubahan wang haram melibatkan dana 1MDB dan entiti yang berkaitan dengan Qubaishi.

Qubaishi telah ditangkap di Abu Dhabi tetapi belum didakwa dengan kesalahan jenayah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast