Gempa dasar laut yang kuat telah melanda utara New Zealand dan dikhuatiri berlaku tsunami di wilayah tersebut.- Gambar hiasan.

MANILA – Satu gempa bumi kuat berukuran 6.8 skala Rimelanda di luar pantai pulau Mindanao di Filipina, menurut agensi seismologi negara itu dan Pusat Amaran Tsunami Pasifik berkata terdapat risiko ombak besar sejauh Indonesia .

Institut Gunung Berapi dan Seismologi Filipina berkata, gempa bumi itu kira-kira 57km barat daya Sarangani.

Ia telah dirasai di kebanyakan tempat di Mindanao, pulau terbesar di selatan negara Nusantara.

Tiada laporan awal kerosakan atau kemalangan jiwa.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik berkata, gelombang berbahaya boleh merebak 300 km (190 batu) dari dari pusat gempa.

Tetapi Renato Solidum, ketua agensi seismologi Filipina memberitahu tiada amaran tsunami dikeluarkan dan tidak ada keperluan untuk mengosongkan kawasan yang terjejas.

Filipina terletak di kawasan geologi aktif Lingkaran Api Pasifik dan mengalami gempa bumi yang kerap termasuk beberapa bulan lepas di pulau utama Luzon, yang turut dirasai di Manila. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast