SEOUL – Korea Utara melakukan ujian peluru berpandu balistik, kata tentera Korea Selatan dan Amerika Syarikat yang dipetik dari agensi berita Yonhap.
Tentera Amerika Syarikat berkata, peluru itu dilancarkan dari selatan Pyeongan di utara Pyongyang awal pagi ini.
Peluru berpandu itu meletup beberapa saat dilancarkan, tidak sempat berada di luar wilayah Korea Utara.
Jenis peluru berpandu belum diketahui.
Malah, Korea Utara juga tidak membuat sebarang kenyataan.
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam Twitternya berkata: “Korea Utara tidak menghormati kehendak China dan Presiden yang sangat dihormati apabila melakukan pelancaran itu walaupun tidak berjaya. Teruk!”
Rantau itu semakin tegang sejak kebelakangan ini apabila Korea Utara dan Korea Selatan menjalankan latihan ketenteraan. – MalaysiaGazette