Yusni Mat Piah
Perwakilan dari Pulau Pinang, Yusni Mat Piah

ALOR SETAR- Musuh utama Pas pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang akan datang bukanlah UMNO dan Barisan Nasional.

Dalam ucapan perbahasan ucapan dasar presiden Pas, Perwakilan Pas Pulau Pinang, Yusni Mat Piah menegaskan, musuh utama partinya merupakan DAP serta Pakatan Harapan, selain pembangkang yang lain.

“Musuh utama kita bukanlah UMNO dan BN, tapi DAP tuan-tuan dan puan-puan.”

Menurut Yusni, antara sebab DAP dan pembangkang lain terutama PKR menjadi musuh Pas ketika ini berikutan kritikan-kritikan yang dilontarkan terhadap presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Selain itu, keengganan DAP dan PKR untuk menerima Rang Undang-undang (RUU355) persendirian Abdul Hadi Awang turut menjadi faktor tersebut.

Di peringkat negeri Pulau Pinang, tindak tanduk kerajaan negeri yang dikatakan campur tangan dalam majlis penfatwaan juga betentangan dengan pendekatan politik matang sdan sejahterah yang diterapkan dalam Pas.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast