CUBA – Sebuah pesawat tentera terhempas di kawasan pergunungan di barat negara ini mengorbankan kesemua penumpang.

Satu kenyataan dikeluarkan berkata, pesawat turboprop Antonov AN-26 terhempas di wilayah Artemisa ketika dalam penerbangan dari Playa Baracoa, di luar bandar Havana.

Punca nahas sedang disiasat.

Kawasan nahas dikesan di pergunungan Loma de la Pimieta kira-kira 80 kilometer dari barat Havana.

Lapan penumpang termasuk pegawai dan anak kapal terbunuh, kata kenyataan itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast