NEW YORK – Harga minyak dunia susut dalam dagangan hari ini berikutan kebimbangan pengurangan pengeluaran yang diterajui OPEC mungkin tidak memberi kesan ketara terhadap lebihan bekalan dalam jangka pendek meskipun pasaran menjangkakan perjanjian itu akan dilanjutkan.
NYMEX mentah untuk penghantaran Jun jatuh kepada AS$ 49.21 setong pada 0032 GMT, selepas dagangan naik sehingga AS$0.36 pada hari Jumaat. Harga kontrak naik kira-kira 2.0 peratus daripada satu bulan rendah pada hari Khamis lalu.
London Brent mentah untuk penghantaran pada bulan Julai adalah turun AS$0.14 kepada AS$ 51.91.
Menteri Minyak Iran berkata, OPEC dan bukan OPEC positif untuk melanjutkan perjanjian pengurangan bekalan.
OPEC dijangka mengadakan pertemuan pada bulan ini untuk berbincang tentang polisi bekalan.
Jika OPEC bersetuju untuk melanjutkan pengurangan minyak, lebihan bekalan dalam inventori global dijangka berakhir pada akhir tahun ini. – MalaysiaGazette