JEDDAH – Lapangan Terbang Changi (CAI) berjaya mendapat lesen bagi menguruskan Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah untuk tempoh 20 tahun.
Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Pengangkutan Suleiman, Al-Hamdan, yang juga pengerusi Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (GACA).
Beliau berkata, operasi eksperimen lapangan terbang itu dijangka bermula dengan musim haji 2018.
Al-Hamdan berkata, kira-kira 88 peratus daripada kerja-kerja projek lapangan terbang itu telah siap dan kerja-kerja yang lain akan dipercepatkan dalam tempoh akan datang.
CAI akan mengambil alih kerja-kerja lain dalam empat minggu akan datang. Pemberian lesen kepada pengendali asing tidak bermakna Arab Saudi menafikan peluang pekerjaan baru,” katanya sambil menambah matlamat utama GACA adalah untuk membolehkan rakyat menyertai pengurusan dalam semua lapangan terbang negara itu.
Konsortium Saudi Binladin Group dan Aeroports de Paris dari Perancis dan Malaysia Airport Holding Berhad adalah antara pembida lain bagi kontrak untuk mengendalikan lapangan terbang tersebut. – MalaysiaGazette