LABUAN – Malindo Air dijadual memulakan penerbangan carter pertama antara Taipei – Kota Kinabalu – Labuan mulai Julai hingga September ini, kata Anggota Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli.
Beliau berkata, penerbangan itu akan membawa pelancong tiga kali seminggu iaitu pada Selasa, Khamis dan Sabtu.
“Malaysia Airport Berhad (Labuan) telah menerima berita baik ini daripada Malindo Air,” katanya pada majlis penutupan Cabaran Sukan Laut Antarabangsa Labuan 2017 di Kompleks Sukan Laut Labuan di sini malam tadi.
Rozman yang juga Pengerusi Pebadanan Labuan berkata, selain memanfaatkan sekotor pelancongan Labuan dan Taiwan, penerbangan carter itu mampu meningkatkan hubungan perdagangan antara komuniti peniaga tempatan dan Taiwan. – BERNAMA