ALOR SETAR – Cubaan Ahli Parlimen Temerloh, Nasruddin Hassan untuk menjawat jawatan Naib Presiden Pas tidak kesampaian apabila gagal pada pemilihan pada Muktamar Pas ke-63 di Alor Setar hari ini.
Beliau mendapat undian paling rendah, tiga kerusi Naib Presiden kekal disandang oleh pemimpin terdahulu.
Berikut merupakan keputusan penuh pemilihan bagi jawatan Naib Presiden mengikut undian:
Datuk Idris Ahmad- 1,062 undi
Mohamad Nik Ammar – 920 undi
Datuk Iskandar Abdul Samad – 703 undi
Nasruddin Hassan – 478 undi
Bagi jawatan AJK Pas pusat, anak bekas Musyidul Am Pas, Nik Abduh Nik Aziz mendapat undian tertinggi sebanyak 1,005 undian. – MalaysiaGazette