Pas malam ini mengumumkan akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson pada 13 Oktober ini.
Pas malam ini mengumumkan akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson pada 13 Oktober ini.

ALOR SETAR – Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengingatkan kepada semua pihak bahawa PAS bukan sebuah tempat persinggahan untuk menaikkan nama dalam arena politik Malaysia.

Presiden Pas itu berkata demikian dalam ucapan penggulungannya pada majlis penutupan Muktamar Pas ke-63 di Alor Setar hari ini.

“Di sana ada yang mengamalkan politik oportunis. Oportunis nak jadikan pas seagai tempat persinggahan berpolitik, sebagai tangga untuk naik.

“Naik itu, sudah ditapis, kerana perjalanan perjuanagn kita. Sama ada mereka berundur sendiri ataupun dipecat atau diundurkan oleh ahli-ahli sendiri.

Ketika ditanya individu atau organisasi yang dimaksudkan olehnya pada sidang media terakhirnya, Hadi berkata pernyataan itu ditujukan secara umum.

Walau bagaimanapun, tambah Hadi, terdapat juga dalam kalangan ahli partinya yang mengamalkan politik oportunis, yang mempergunakan Pas sebagai platform untuk menaikkan diri sendiri.

“Kenyataan itu secara umum, saya tidak tuju kepada sesiapa,”

“Ya, ada juga kalangan ahli,” jawabnya ringkas ketika ditanya berkenaan ahli-ahli yang bersikap oportunis semata-mata. – MalaysiaGazette