PUTRAJAYA – Kira-kira 300 penunggang motosikal di sekitar Putrajaya mendapat sumbangan petrol daripada UMNO Bahagian itu stesen Petronas di Presint 18 petang tadi.
Ketua Pemudanya, Ahmad Faisal Abdul Karim berkata, sumbangan itu bagi meneruskan pengagihan petrol percuma kepada para penunggang motosikal enjin di bawah kapasiti 1500cc.
Menurut beliau, program Jom Isi Minyak Percuma itu dilaksanakan secara serentak dengan Pemuda Barisan Nasional Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
“Matlamat kami mahu meringankan beban golongan yang berpendapatan rendah menetap di Putrajaya berikutan kenaikan harga minyak.
“Kami akan meneruskan program ini pada masa depan. Selepas ini akan diadakan Presint 11 pula,” katanya ketika ditemui di sini.
Ahmad Faisal berkata, untuk hari ini UMNO Bahagian Putrajaya memperuntukan sejumlah RM3,000 untuk menjayakan program tersebut. – MalaysiaGazette