Saturday, May 11, 2024
Home Penulis Artikel Oleh Mohd Safwan Mansor

Mohd Safwan Mansor

207 Artikel 0 Komen

Pandikar Amin Mulia Lancar laman Sesawang

Reaksi ceria Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said serta yang lain sebaik selesai menyempurnakan pelancaran laman sesawang Persatuan Parlimen Komanwel Malaysia pada Majlis Makan Tengahari Persatuan Parlimen Komanwel 2018 di Banggunan Parlimen Malaysia, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 27 MAC 2018

Basikal dan Motosikal Mangsa Tabiat Pemandu Jalan Raya

Petak motosikal yang berwarna merah disediakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi tujuan memudahkan pengguna motosikal berhenti didalam petak ketika menunggu lampu isyarat, namun masih terdapat pemandu yang tidak mengikut peraturan dengan memberhentikan kenderaan didalam petak motosikal, sekaligus menyukar dan membahayakan penunggang-penunggang motosikal di hadapan lampu isyarat Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 26 MAC 2018

Zahid Hamidi Rasmi Kedai Rakyat 1 Malaysia 2.0 KK Super Mart

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi diiringi Ketua Eksekutif Kumpulan KK Group of Companies, Datuk Dr. K.K Chai (kanan) melihat minyak masak yang dijual di Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) 2.0 KK Super Mart pada majlis perasmian di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Sungai Besi, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 21 MAC 2018

Program Turun Padang TPM bersama Warga PDRM

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi diiringi Timbalannya, Datuk Nur Jazlan Mohamed, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun bergambar kenangan bersama sebahagian anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Program Turun Padang Timbalan Perdana Menteri bersama Warga PDRM di Maktab PDRM, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 20 MAC 2018

MoU UIAM Rakan Strategik Jabatan Imigresen Malaysia

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Seri Mustafar Ali (tiga kanan) bersama Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UAIM), Prof. Datuk Seri Dr. Zaleha Kamaruddin (dua kiri) serta diiringi yang lain membuat pertukaran dokumen selepas menandatangani MoA diantara UIAM dan Jabatan Imigresen Malaysia sebagai rakan strategik pada Majlis Syarahan Perdana dan Penyerahan Perlantikan Profesor Adjung Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim UIAM di Kampus Induk UIAM, Gombak. foto SAFWAN MANSOR, 19 MAC 2018

Pelancaran Transformasi Digital Pembelajaran Abad Ke 21

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid mencuba salah satu aplikasi "smart classroom" pada Majlis Pelancaran Transformasi Digital Pembelajaran Abad Ke 21 di Pusat Konvensyen TM, Bangsar. foto SAFWAN MANSOR, 13 MAC 2018

PM Walkabout di Flat Taman Segar, Cheras

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelihatan ceria ketika beramah mesra dengan sebahagian penduduk Flat Taman Segar pada Walkabout Perdana Menteri dan Ramah Mesra bersama penduduk Flat Taman Segar, Cheras, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 08 MAC 2018

PM Hadir Jamuan Sambutan Tahun Baru Cina LOU SANG

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak beramah mesra dengan sebahagian hadirin ketika hadir pada Majlis Jamuan Sambutan Tahun Baru Cina LOU SANG di Dewan Huazong, Seri Kembangan, Selangor. foto SAFWAN MANSOR, 24 FEBRUARI 2018

PM Rasmi Program Temuduga Terbuka Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M)

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak beramah mesra dengan graduan yang mengisi borang permohonan temuduga Tenaga Nasional Berhad (TNB), Nur Natasha Zarin Zulkiflee (dua kiri) dan Ainur Fadzillah Zailani (kanan) pada Majlis Perasmian Program Temuduga Terbuka Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) di MAEPS, Serdang. foto SAFWAN MANSOR, 24 FEBRUARI 2018

Zahid Hadir Perhimpunan Bulanan KDN

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bergambar kenangan bersama warga kerja Kementerian Dalam Negeri pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Kompleks D, Putrajaya. foto SAFWAN MANSOR, 08 FEBRUARI 2018