Friday, April 26, 2024
Home Penulis Artikel Oleh Mohd Safwan Mansor

Mohd Safwan Mansor

207 Artikel 0 Komen

CUACA SEKITAR LEMBAH KLANG MULA PANAS

Dua pekerja pusat tanaman rumput melakukan kerja-kerja penyiraman bagi memastikan rumput yang ditanam mendapat air yang secukupnya berikutan cuaca panas yang mula melanda sekitar Lembah Klang ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette. foto SAFWAN MANSOR, 11 JANUARI 2016

AYAM SIMBOL TAHUN BARU CHINA 2017

Seorang pekerja membuat persiapan akhir bagi menyiapkan replika ayam yang membawa maksud Tahun Ayam yang menghiasi perkarangan tokong Thian Hao, Kuala Lumpur ketika tinjuan lensa Malaysia Gazette sempena kedatangan Tahun Baru Cina tidak lama lagi. foto SAFWAN MANSOR, 10 JANUARI 2017

Kompleks Rapid Bus Cheras Selatan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri (duduk) bersama Presiden & Ketua Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad, Datuk Seri Azmi Abdul Aziz (berdiri kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus Prasarana Malaysia Berhad, Zulkifli Mohd Yusoff (berdiri dua kanan) mencuba simulator statik bas ketika meluangkan masa melawat Kompleks Rapid Bus Cheras Selatan, Selangor. foto SAFWAN MANSOR, 10 JANUARI 2017

DAILY LIFE KUALA LUMPUR

Seorang pekerja kebun limau dilihat memikul pasu pokok limau yang kebiasaannya dibuat hiasan ketika perayaan Tahun Baru Cina di sebuah kebun limau di Sungai Buloh, Selangor. foto SAFWAN MANSOR, 07 JANUARI 2017

BUNGA SAKURA PUNCA TARIKAN

Seorang lelaki yang membawa bayinya kelihatan ceria melintasi pokok bunga sakura tiruan yang dihias disebuah perkarangan sebuah kedai bunga di Sungai Buloh, Selangor sempena kedatangan Tahun Baru Cina tidak lama lagi. foto SAFWAN MANSOR, 07 JANUARI 2017

Kempen Keselamatan Jalan Raya Kawasaki 2017

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai diiringi Pengerusi Eksekutif Kawasaki Malaysia Sdn. Bhd., Ahmad Faez Yahya (dua kanan) mencuba motosikal berkuasa tinggi pada Kempen Keselamatan Jalan Raya Kawasaki 2017 di Plaza Tol Sungai Besi, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 06 JANUARI 2017

Kempen Keselamatan Jalan Raya Kawasaki 2017

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dibantu Pengarah Pemantauan Operasi Lembaga Lebuhraya Malaysia,, Abdullah Hashim (kanan) ketika mencuba jaket keselamatan pada Kempen Keselamatan Jalan Raya Kawasaki 2017 di Plaza Tol Sungai Besi, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 06 JANUARI 2017