Monday, May 6, 2024
Home Penulis Artikel Oleh Mohd Safwan Mansor

Mohd Safwan Mansor

207 Artikel 0 Komen

DAILY LIFE – Tarian Tradisional Diobolo

Orang ramai tidak melepaskan peluang melihat persembahan tarian tradisional Diobolo ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina di Pusat Membeli Belah Pavillion, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 29 JANUARI 2017

DAILY LIFE – CUTI TAHUN BARU CINA

Gelagat seorang kanak-kanak yang melompat ke dalam kolam renang ketika tinjauan lensa Malaysia Gazettte sempena cuti Tahun Baru Cina di Taman Rekreasi KLCC, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 29 JANUARI 2017

Najib Razak Mempengerusikan Mesyuarat MT UMNO

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Ahli Majlis Tertinggi UMNO mengaminkan doa sebelum bermulanya Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato Onn, PWTC. foto SAFWAN MANSOR, 27 JANUARI 2017

Penyerahan Kunci RUMAWIP Residensi Lanai Bukit Jalil

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (dua kanan) diiringi Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Senator Datuk Dr. Loga Bala Mohan (kiri) dan Pengarah Eksekutif Berjaya Corporation Berhad, Datuk Zurainah Musa (kanan) melihat replika RUMAWIP Residensi Lanai Bukit Jalil pada Majlis Penyampaian Kunci dan Pengundian perumahan tersebut di Bukit Jalil. foto SAFWAN MANSOR, 23 JANUARI 2017

MALAYSIA TIGRESS TEWAS 3-0 DI FINAL

Pemain-pemain Ireland meraikan kemenangan selepas berjaya menewaskan Malaysia 3-0 pada Perlawanan Akhir Liga Hoki Wanita Dunia pusingan 2 di Stadium Hoki Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 22 JANUARI 2017

DIALOG PERDANA TRANSFOMASI NASIONAL 2050

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin bersama hadirin menunjukkan simbol jari 5 sebagai simbolik Transformasi Nasional 20150 pada akhir sesi Dialog Transformasi Nasional 2050 di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 19 JANUARI 2017

DS NAJIB DI DIALOG PERDANA TN50

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin pada Dialog Transformasi Nasional 2050 di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 19 JANUARI 2017

Sultan Nazrin Penulis Buku “Charting The Economy”

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah berkenan memberi tandatangan baginda selepas melancarkan buku "Charting The Economy" yang ditulis oleh baginda pada Majlis Pelancaran Buku "Charting The Economy" yang ditulis oleh baginda di The St. Regis, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 17 JANUARI 2017

Ismail Sabri Serah Surat Tawaran MRSM

Menteri Pembangunan Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyampaikan surat tawaran kemasukan tingkatan 1 MRSM 2017 kepada Aliyah Maisara Md Akir (kanan) turut kelihatan bubapa pelajar, Md Akir Jaidin (dua kanan) dan Paizun Mat Jari (tiga kanan) di Blok 9 Flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Jelatek, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 13 JANUARI 2017

MR. CUCI CERMIN BANGUNAN TINGGI

Tiga pekerja pembersihan dilihat mengguna tali keselamatan ketika melakukan kerja-kerja pembersihan cermin banggunan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bangsar South, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 11 JANUARI 2016