KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan berkenaan tarikh berkuat kuasa surat yang dihantar Anthony Loke berhubung peletakan jawatannya sebagai Menteri Pengangkutan.
Menurutnya, surat peletakan jawatan itu merupakan satu perkara yang serius dan melibatkan urusan rasmi kerajaan.
“Jika benar ia sudah dihantar, bagaimana anda (Anthony Loke) menulis surat dengan tarikh kuatkuasa yang tiada kaitan secara langsung? Atau anda sudah tahu bila DS Najib akan balik ke rumah?
“Harap tiada yang menulis surat letak jawatan dengan tarikh kuatkuasa apabila bulan mengambang atau apabila Perdana Menteri bertukar…
“Begini sahajalah, daripada anda berdrama, cukup-cukuplah. Pegang sahaja jawatan itu sampai gugur semua kabinet, kan mudah,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.
Beliau merujuk kepada kenyataan Anthony Loke hari ini yang mengesahkan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.
Setiausaha Agung DAP itu berkata, Anwar memintanya untuk terus menjalankan tugas sebagai Menteri Pengangkutan buat masa ini, namun peletakan jawatan itu akan berkuat kuasa sebaik sahaja bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak keluar dari penjara untuk menjalani baki hukuman di bawah tahanan rumah. – MalaysiaGazette

















biasalah DAP…manusia jenis tak de Prinsip..cakap mcm hero…poooodahhhh kencing