Thursday, April 25, 2024
Home Penulis Artikel Oleh Mohd Safwan Mansor

Mohd Safwan Mansor

207 Artikel 0 Komen

PM Rasmi Simposium Pasaran Modal Dunia (WCMS) 2018

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berbual bersama Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Tan Sri Ranjit Ajit Singh selepas berucap pada Simposium Pasaran Modal Dunia (WCMS) 2018 di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 06 FEBRUARI 2018

Tan Sri Shahrizat Ziarah Sayang Tahun Baru Cina

Ketua Wanita Barisan Nasional, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil menyampaikan sumbangan kepada sebahagian warga emas ketika hadir ke program Ziarah Sayang sempena Sambutan Tahun Baru Cina di Pusat Jagaan Warga Emas Selangor King George V, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 05 FEBRUARI 2018

Penyerahan Cek Penajaan World Urban Forum ke 9

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar bersama Timbalannya, Datuk Halimah Sidek bergambar bersama wakil-wakil penaja pada Majlis Penyerahan Cek Penajaan World Urban Forum ke 9 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 05 FEBRUARI 2018

PM di Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berucap pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di Banggunan Perdana Putra, Putrajaya. foto SAFWAN MANSOR, 05 FEBRUARI 2018

Zahid Hamidi Bersama Anak-anak Pelarian

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan isteri, Datin Seri Hamidah Khamis bergambar dengan sebahagian anak-anak pelarian pada Program Memperkasakan Kanak-kanak Pelarian di Sri Satria, Putrajaya. foto SAFWAN MANSOR, 02 FEBRUARI 2018

Latihan Anti Keganasan

Berlatar belakang Menara Berkembar KLCC, seorang anggota komando Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilihat bersedia dengan senjata pada Demonstrasi Kesiapsiagaan Latihan Amal Latihan Anti Keganasan sempena World Urban Forum ke 9 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 02 FEBRUARI 2018

Sekitar Mesyuarat MT UMNO

SANTAI. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Hussein berbual santai bersama Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Bendahari UMNO, Datuk Seri Salleh Said Keruak selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato Onn, PWTC, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 30 JANUARI 2018.

Grand Asian Chess Challenge

Seorang kanak-kanak melintasi replika hiasan buah catur Satria yang dipenuhi tandatangan para peserta Pertandingan Grand Asian Chess Challenge ke 22 anjuran pelajar-pelajar Kolej Kediaman Tunku Bahiyah yang diletakkan di lobi Dewan Tuanku Canselor, University Malaya, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 21 JANUARI 2018

Wanita Bengkel Tangan Besi

Mekanik Motosikal Wanita, Villa Manichorte, 39 tahun meneliti silinder sebuah motosikal yang melalui proses restorasi enjin di bengkel milik beliau dan suami di Segambut, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 16 JANUARI 2018

FELDA Berjaya Dapatkan Semula Hak Milik

Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Samad menunjukkan salah satu daripada 16 geran tanah yang Felda berjaya mendapatkan semula hak milik daripada Synergy Promede Sdn. Bhd. pada sidang media khas berhubung Perkembangan Terbaru Berkaitan Tanah Felda, Jalan Semarak di Menara Felda, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 15 JANUARI 2018