Menteri Besar Perak ini dikatakan akan meninggalkan kerusi DUN Pangkor pada PRU14 ini.
Menteri Besar Perak ini dikatakan akan meninggalkan kerusi DUN Pangkor pada PRU14 ini.

IPOH- Hasrat Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk menjadikan Perak sebagai ‘anak angkat’ jelas menunjukkan betapa lemahnya PKR di negeri ini, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak itu berkata BN negeri tidak gentar malah sudah biasa dengan kenyataan seumpama itu kerana pembangkang sejak dahulu lagi berebut untuk mengambil alih Perak tetapi keadaan menentukan sebaliknya.

“Saya tidak mahu bercakap besar, biar mereka tunjukkan ‘kuku’ atau susun perancangan untuk mengambil alih Perak,” katanya pada sidang media di sini, hari ini ketika diminta mengulas kenyataan Mohamed Azmin baru-baru ini bahawa PKR berhasrat menjadikan Perak sebagai anak angkat bagi mengambil alih negeri itu daripada BN pada pilihan raya umum ke-14 akan datang.

Zambry berkata apa yang penting, BN Perak akan terus bekerja untuk kesejahteraan rakyat dan biar rakyat menilainya.

Terdahulu, menteri besar menyampaikan surat tawaran lot kediaman Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) Bemban Rakyat kepada penduduk setinggan Buntong di Dewan Serbaguna, Bangunan Perak Darul Ridzuan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast