KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan mengekalkan pemilikan 100 peratus dalam Bandar Malaysia susulan terbatalnya perjanjian penjualan saham dengan Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH) dan China Railway Engineering Corperation (M) Sdn Bhd (CREC).
TRX City Sdn Bhd dalam satu kenyataan hari ini berkata, walaupun sambungan berulang telah diberikan namun, IWH dan CREC gagal untuk membuat pembayaran yang digariskan dalam syarat di bawah perjanjian perjanjian saham (SSA) sebelum itu.
“Hasilnya, perjanjian penjualan saham antara pihak-pihak berkenaan tidak sah dan terbatal dengan serta-merta,” ujarnya kenyataan yang sama.
Dalam pada itu TRX City turut mengumumkan bahawa SSA yang ditandatangani pada 31 Disember 2015 dengan IWH dan CREC akan diberikan manfaat mengenai penjualan 60 peratus daripada modal terbitan berbayar yang telah luput.
“Proses pemilihan akan melibatkan kriteria yang ketat termasuk rekod, kelajuan penghantaran dan keupayaan kewangan untuk pembangunan berskala besar.
“Ini adalah untuk meningkatkan semua aspek Bandar Malaysia, termasuk peranannya sebagai pusat perniagaan, pengangkutan, kediaman dan pelancongan,” kata kenyataan itu lagi.
Tun Razak Exchange (TRX) atau Bandar Malaysia yang sedang dibangunkan akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara.
Malah, tapak pembangunan terbesar di Malaysia yang berada pada kedudukan strategik itu akan menawarkan banyak peluang perniagaan dan pelaburan selain pekerjaan.
“Ia juga akan menjadi nukleus pengangkutan Malaysia, yang menghubungkan kereta api laju Kuala Lumpur-Singapura, talian MRT, KTM Komuter, Express Rail Link dan 12 lebuh raya,” kata kenyataan itu lagi.
Menurut kenyataan itu, langkah-langkah yang diambil pada hari ini akan dipastikan tidak meninggalkan kesan buruk kepada pembangunan jangka panjang terhadap Bandar Malaysia. – MalaysiaGazette
Comments are closed.