Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Berhad (MAB), Peter Bellew berucap pada Majlis Pengumuman Malaysia Airlines Berhad (MAB) sempena inisiatif Negaraku di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya. foto SAFWAN MANSOR, 03 MEI 2017

PUTRAJAYA – Malaysia Airlines akan menambah 11 laluan baharu dan menambah pekerja pada akhir tahun ini untuk merangsang permintaan penumpang antarabangsa.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines, Peter Bellew berkata, syarikat penerbangan itu sedang menilai sekurang-kurangnya 26 lagi laluan untuk diperkenalkan pada tahun depan.

Bellew berkata, jumlah penumpang dari Asia khususnya dari Australia, India dan China meningkat ketika ini walaupun jumlah penumpang dari Eropah dan Amerika Syarikat merosot, katanya ketika ditemui di sini.

Syarikat penerbangan itu, katanya, akan menambah lebih banyak kakitangan termasuk juruterbang, anak kapal, jurutera dan lain-lain pada akhir tahun ini dan meningkatkan pesawat berbadan tirus. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast