Ilustrasi Bandar Malaysia

KUALA LUMPUR – IWH CREC Sdn. Bhd. (ICSB), konsortium Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH) dan China Railway Engineering Corp (M) Sdn Bhd (CREC) mengesahkan telah menerima notis penamatan dikeluarkan oleh TRX City Sdn Bhd (TRXCSB) berhubung dengan Perjanjian Penjualan Saham yang dibuat antara ICSB dan TRXCSB pada 31 Disember 2015.

Dalam kenyataannya, ICSB berkata, pihaknya mengambil berat isi kandungan notis tersebut dan mendakwa kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh TRXCSB  memaparkan faktanya tidak sepenuhnya lengkap dan tepat, untuk mencerminkan keadaan dan kelakuan pihak-pihak yang terlibat dalam perkara ini.

“ICSB mengambil perkara ini dengan serius dan pada masa ini sedang mengkaji kandungan notis penamatan dan kenyataan akhbar, dengan penasihat dan peguam.

“Pengumuman lanjut mengenai perkara ini akan dibuat dalam masa terdekat,” katanya di sini. – MalaysiaGazette