KUALA LUMPUR – MASwings menawarkan tiket penerbangan sehala dari RM103 di Sabah dan Sarawak sempena promosi Ramadan.
Tambang itu boleh didapati mulai sekarang sehingga 31 Mei ini bagi penerbangan dari 7 Mei hingga 30 Jun.
MASwings berkata, tambang dari Kota Kinabalu ke Labuan ditawarkan pada harga RM103 manakala Lahad Datu, Tawau, Sandakan, Mulu dan Miri pada harga RM113.
Tambang dari Kota Kinabalu ke Bintu dan Sibu (RM133) dan Kuching (RM153), Kuching ke Sibu (RM103), Bintulu (RM113), Miri dan Mulu (RM133) dan ke Kota Kinabalu (RM153).
Tiket dari Miri ke Labuan, Mulu, Bintulu dan Limbang (RM103) dan Sibu (RM113) serta Sandakan ke Tawau (RM103) dan Bintulu ke Sibu (RM103).
Sempena promosi ini, penerbangan antarabangsa MASwings juga menawarkan promosi bagi laluan Tawau ke Tarakan, Indonesia serendah RM157 dan tiket balik dari 651,000 rupiah. – MalaysiaGazette