BEIJING – Ribut debu melanda sebahagian besar utara China termasuk Beijing, mencetuskan sekali lagi krisis kualiti udara di negara ini.
Bacaan kualiti udara rasmi telah meningkat melebihi had Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Pihak berkuasa menasihatkan penduduk supaya mengelakkan aktiviti luar manakala kanak-kanak dan warga tua diminta tidak keluar rumah.
Angin debu dilaporkan bertiup dari Mongolia dan Mongolia, China.
Agensi alam sekitar Beijing berkata, sehingga 11:00 waktu tempatan (03:00 GMT), bacaan kualiti udara yang dicatatkan ialah PM2.5 – yang mengukur pencemaran dalam bentuk zarah – ialah 500 mikrogram per meter padu.
WHO berkata, paras selamat maksimum ialah 25 mikrogram setiap meter padu.
Pihak berkuasa meramalkan kualiti udara itu berlarutan sehingga petang Khamis.
Berpuluh-puluh penerbangan telah ditangguhkan atau dibatalkan. – MalaysiaGazette