Hanya kerana mahu lulus ujian memandu, seorang penuntut kolej bertindak di luar jangkaan dengan mengacukan sebilah pisau kepada seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Kenderaan motor elektrik (EV) dan Kenderaan Motor milik Orang Kelainan Upaya (OKU) akan diberi insentif pengecualian bayaran fi Lesen Kenderaan Motor (LKM) sepenuhnya selaras dengan pengumuman kerajaan melalui Bajet 2022..- Gambar hiasan.

PULAU PINANG – Meskipun baru dikuatkuasakan dalam tempoh kira-kira sebulan lalu, sebanyak 44,817 saman Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas) dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (Kejara) sudah dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terhadap pemandu yang melanggar peraturan jalan raya setakat ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan & Operasi) JPJ, Datuk Yusoff Ayob berkata, jumlah itu membabitkan sebanyak 38,174 saman terhadap pemandu yang tidak mematuhi had laju manakala bakinya iaitu 4,817 saman atas kesalahan melanggar lampu isyarat merah.

Daripada jumlah itu juga, tambah beliau, sebanyak 1,826 saman dikeluarkan kerana kesalahan memandu melebihi had laju sehingga 150 kilometer per jam (km/j) dalam operasi yang bermula pada 1 April lalu hingga setakat kelmarin.

Jelasnya, jumlah saman yang dikeluarkan itu menunjukkan masih ramai pemandu yang tidak mengendahkan peraturan jalan raya di sebalik pengutkuasaan sistem Awas dan Kejara yang diperketatkan.

Malah, katanya, kebanyakan pemandu juga memandang ringan kesalahan di bawah sistem Awas dan Kejara yang mana boleh menyebabkan mata merit mereka ditolak.
“Jika berterusan melanggar peraturan jalan raya dan mata merit ditolak, lesen memandu mereka boleh digantung serta dibatalkan,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri program 1Komuniti 1JPJ Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh, di sini hari ini yang turut dihadiri ADUN Sungai Acheh, Datuk Mahmud Zakaria dan Pengarah JPJ negeri, Noorul Habib Abdul Guduse.

Dalam pada itu, Yusoff berkata, kebanyakan pemandu tidak memberi perhatian terhadap kesalahan peraturan jalan raya membabitkan pemotongan mata merit kerana tidak diambil tindakan serta-merta.

Bagaimanapun, jelasnya, pemandu yang degil itu akan berdepan dengan kesulitan sekiranya terus melanggar peraturan pada masa depan selepas lesen mereka digantung atau dibatalkan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast